Thursday 22 November 2012

..::Sopan Itu Cantik::.


SOPAN ITU CANTIK
Itulah ungkapan yang ditujukan khas kepada perempuan.
Kesopanan yang jelas kelihatan dari kaca mata manusia jelas juga mencerminkan keperibadian akhlak seseorang perempuan yang baik.
Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud :




















"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu . Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.(Surah Al-Ahzab) 

Sungguh benar, Allah sangat sayangkan perempuan yang baik-baik.
Pesan Allah menyuruh kita supaya menjaga diri dari diganggu dengan memakai pakaian yang diredhai Allah,pakaian yang menutup aurat, pakaian yang tidak terlalu menonjol warnanya sehinggakan mendatangkan fitnah, pakaian yang apabila melihatnya mereka teringatkan Allah swt, pakaian yang boleh melindungi diri dari kemaksiatan yakni pakaian yang bertaqwa.
Semua muslimah ingin tampil dengan kemas dan cantik. Cantik adalah subjektif dan relatif.

Wahai Muslimah,
Janganlah kita memakai pakaian yang ketat-ketat yang boleh menarik minat manusia yang memandangnya.
Ada di antara kita yang mengambil keputusan untuk memakai pakaian yang sangat 'ringkas'..
Ayuhlah kita merenung kembali niat yang sebenar lahir dari hati dengan mengenakan pakaian seperti itu..
#Apakah kita tidak takut akan azab Allah?
#Apakah sombongnya kita dengan larangan Allah?
#Apakah hujah kita terhadap Allah dengan 'keselesaan' kita memakai pakaian ketat/sendat?
#Apakah sebab utama kita mahu memakai pakaian itu?
#Adakah 'cantik', 'kemas', bergaya, 'ringkas', 'selesa', atau style?
#Manakah perginya janjimu dulu?
Janji kepada Allah akan mematuhi segala suruhan dan larangan Allah.
#Kenapa kita sombong dengan Allah?
#Kenapa kita sanggup membiarkan diri kita dilihat oleh lelaki yang sudah jelas haramnya bagi kita memandang dengan senang tanpa segan silu?
#Kenapakah kita sanggup membiarkan mata-mata manusia diluar sana memerhatikan bentuk badan kita?

Wahai muslimah yang mulia,
jagalah dirimu sendiri,
jagalah kemuliaan akhlakmu,
jagalah keindahan peribadimu,
jagalah kesopanan percakapanmu,
jagalah kemuliaan auratmu,
jagalah kelembutan suaramu,
jagalah kejernihan wajahmu,
jagalah kehormatan pakaianmu,
jagalah kecantikkan dalam dirimu,
Subhanallah,Allah mencipta wanita dengan keindahan yang sangat luar biasa, keindahan pada pandangan Allah adalah keindahan yang sebenar.

"Ya Allah, Engkau telah menciptakanku sebaik-baik perhiasan, maka Engkau hiaskanlah diriku dengan hiasan keimanan,hiasan akhlak mulia, aku mengharapkan supaya apabila manusia melihatku, lantas mereka mengingatiMu, Itulah harapanku sebagai seorang perempuan, Mohon jauh dari kemaksiatan dan pakaian yang Engkau murkai. Pakaian taqwa adalah yang terbaik,pakaian yang mentaati Allah, syurga adalah impianku"...

#Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt#