Sunday, 18 November 2012

BAHAGIA SEKIRANYA MENGENAL ALLAH..^__^



BAHAGIA SEKIRANYA MENGENAL ALLAH..^__^

Mengapa dicintai bukan mencintai?
Cuba renungkan seketika, tatkala Allah membenci kita adakah kita mampu untuk beribadah kepada Allah? Tidak! Kerana segala amal dan ibadah yang kita lakukan kepada Dia adalah atas rahmat, kurnia dan cintaNya terhadap diri kita bukan atas kudrat kita sendiri.
Ada satu riwayat kisah yang menyatakan sedemikian, yakni ada seorang tabii'n terbangun pada waktu malam dan melihat hambanya khusyuk beribadah dan bermunajat kepada Allah. Beliau terdengar hambanya berkata, "Ya Allah, demi cintaMu padaku..." lalu beliau menegurnya, "Seharusnya engkau mengatakan demi cintaku kepadaMu..." Tetapi hamba itu menjawab kembali, "Jika Allah tidak mencintaiku, mengapa dia membangunkanku untuk beribadah kepadaNya dan membiarkan kau tidur". Subhanallah, hebatnya cinta Allah kepada hamba-hambaNya.
Apabila seseorang hamba dicintai Allah maka dia akan diberi kefahaman agama oleh Allah. Itu sudah cukup bagi mereka untuk mendepani kegilaan dunia ini yang sering menduga dan menguji keteguhan iman. Dalam hidup mereka susah senang tidak menjadi isu, tetapi redha Allah. Di situ lah kebahagiaan akan tercipta.
Takdir yang menimpa akan diolah dengan seni jiwa kehambaan. Yang tampak indah akan diawasi agar tidak hanyut dan leka. Yang tampak berbentuk musibah dihiasi dengan kesabaran. Kesabaran itu suatu kurniaan yang paling besar untuk seorang mukmin. Satu hadis qudsi berbunyi, "Timpakanlah kepada hambaKu musibah kerana aku ingin mendengar mereka merintih kepadaKu"
Wajarlah saat kita berkata, "Kebahagiaan itu bukan dicari tetapi diraih!" Sesungguhnya terdapat seribu satu kebahagiaan lagi di sisi kita yang kita tidak sedar. Mereka tersembunyi dalam sudut hikmah dan ibrah. Hanya dapat disingkap oleh tingkah laku manusia Ulul Albab dan orang-orang mukmin.
Dalam Al-Quran ada banyak ayat yang menyebut, "Bahawa orang-orang beriman itu tidaklah berasa takut dan bersedih hati." Kerana mereka insan yang mengenal Allah dan seluruh sifat Ar-Rahman dan Ar-RahimNya. Sentiasa bersangka baik dengan Allah dan tidak menduga-duga takdirNya dengan suatu kesan dan hasil yang buruk.
Firman Allah yang bermaksud;
"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah. Tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."
(Surah Yunus ayat 62)
Sesungguhnya Islam itu terlalu indah. Seharusnya kita masuki Islam secara menyeluruh bukan secara berjuzu'. Maka dengan itu kita akan mampu keluar daripada tipu daya nafsu dan syaitan. Bebas daripada segala harapan palsu dan berjaya menuju hakikat hidup yang menempatkan kebahagiaan sejati yakni redha ilahi.
Justeru, bermula saat ini, marilah sama-sama kita mengorak usaha untuk mencipta takdir masuk ke SyurgaNya. Bersungguh-sungguhlah kita dan jangan lupa untuk bertawakal kepadaNya. Moga dengan mendekati Allah SWT, akan ada kebahagiaan dan kedamaian untuk kita, di dunia jua di akhirat sana.
Wallahu Anta A'lam. 

Friday, 16 November 2012

Kisah hidup seorang muslimah....




Aku muslimah, aku seorang pelajar dan aku seorang anak gadis.
Aku seorang muslimah kerana aku Islam.
Aku punya Allah. Hidup dan matiku hanya untuk Allah. Aku berpakaian mengikut syariat Islam, aku menutup aurat kerana itu kewajipan aku. Tidak perlu dipaksa kerana itu adalah perkara WAJIB dan perkara wajib itu tidak ada alasan untuk ditinggalkan. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam meski diri ini masih lagi terkapai-kapai mencari keredhaan Illahi.
Aku seorang pelajar.
Aku berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti meskipun keputusan SPM aku biasa-biasa saja. Namun, aku masih lagi gagal. Gagal kerana aku tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang yang aku minati. Jurusan yang aku belajar sekarang jauh lari daripada apa yang aku inginkan. Membuatkan aku stress kerana aku tidak mencintai apa yang aku belajar sekarang. Aku benci, aku tertekan.
Walaupun aku masih boleh catchup apa yang pensyarah aku ajarkan, tetapi passion nya tiada. Aku tidak ghairah. Tidak ghairah untuk mendalami apa yang aku sedang belajar, tidak ghairah menyiapkan segala tugasan yang aku dapat. Membuatkan aku malas hendak menyiapkan segala kerja yang aku dapat. Malas, malas, benci, benci. Kenapa, kenapa dari dulu lagi aku selalu buat apa yang aku tidak suka. Akhirnya aku yang tertekan. Ahh!
Sehingga suatu hari aku terpana dengan status seorang artis Muslimah,di laman facebook.
BUKAN SAJA-SAJA Allah meletakkan anda dalam BIDANG itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah mengurniakan anda KEPAKARAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memasukkan KELEMAHAN itu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah memberikan UJIAN sebegitu..
BUKAN SAJA-SAJA Allah membiarkan anda mengemudi dalam KEADAAN sebegitu..
MELAINKAN Allah tahu anda akan memberikan sesuatu dalam bidang itu..
MELAINKAN Allah tahu anda bakal membiakkan ilmu-ilmu itu..
MELAINKAN Allah akan temukan anda dengan insan-insan ikhlas membantu..
MELAINKAN Allah mahu menguatkanmu..
MELAINKAN Allah mahu anda tahu betapa tingginya kasih sayangNya padamu..
Masihkah lagi tidak bersyukur?
Aku menangis. Malu rasanya. Aku hamba Allah yang tidak bersyukur. Aku muslimah loser kerana merungut terhadap apa yang Allah kurniakan kepada aku. Ya Allah, tetapkan imanku ini.
Aku seorang anak.
Anak kedua dari empat adik-beradik. Aku punya seorang abang dan seorang adik lelaki dan juga perempuan. Aku sangat menyayangi keluargaku. Siapa yang tidak sayang kelurga mereka. Kalau sayang, mestilah bicara baik-baik, kalau sayang mesti selalu ungkapkan rasa cinta, kalau sayang mesti selalu tolong-menolong.
Namun aku bukan begitu. Biacaraku biasa-biasa sahaja terhadap kedua ibu bapaku, bahkan kadang-kadang kasar, dan aku tahu aku mengguris hati mereka. Aku tahu, mereka sedih dan aku hanya mampu menangis di balik pintu. Kerana aku malu... Malu untuk mengungkapkan rasa maaf apabila aku menyakiti meraka, aku malu meluahkan rasa cinta kepada meraka, dan aku malas..malas menolong mereka melakukan kerja rumah.Ahh.. Aku muslimah loser. Aku muslimah loser kerana aku tidak berasa malu mengungkapkan kata maaf kepada sahabatku tetapi begitu berat untuk diungkapkan kepasa ibu bapa ku begitu juga rasa sayang. Dengan sahabat, aku lain. Aku lembat lembut, aku tidak sampai hati menyakiti mereka. Bukan fake, atau plastik tetapi itu memang perwatakanku dengan mereka. Semulajadi.
Setiap malam aku menangis. Mengenangkan setiap salah dan dosa aku kepada mereka. Akuloser kerana aku hanya mampu menangis tetapi tidak berani untuk berdepan dengan ibu bapaku. Tetapi itu tidak bermakna aku tidak menyayangi mereka. Tidak! aku sangat mencintai mereka dengan sepenuh hati. Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan mereka dalam setiap doaku, setiap hari. Aku berdoa biarlah Illahi menjemput aku dahulu kerana aku tidak sanggup kehilangan mereka dan aku tidak tahu bagaimana hidupku tanpa mereka.
Ibu ayah... ketahuilah aku sangat menyanyangi kalian. Walau apa jua tingkah ku, namun hatiku sentiasa rasa berdosa atas setiap lakuku. Ampunkan dosa anakmu ini ibu ayah..

Dalam hati, aku berdoa moga Allah pertemukan kita sekeluarga di syurga nanti. Amin.