Tuesday 30 July 2013

Oh Cinta~

Hadirlah cinta dalam hidupku. Masalahnya cinta memang sudah ada dalam hidup mu. Kamu dilahirkan kerana cinta. Kamu dicipta kerana cinta. Kamu hidup kerana cinta. Kamu bernafas kerana cinta. Kamu makan kerana cinta. Cinta Yang Maha Mengasihi yang paling Menyintai. Dengan segala dosa yang kita ulang kali lakukan namun masih diberi nikmat untuk makan, minum dari rezekiNya, tak malukah kita?
Para pembaca, itu lah cinta sebenarnya. Pernahkah kita duduk untuk berfikir, betapa banyaknya salah dan maksiat kita lakukan setiap hari? Saya pernah dan saya saban kali kecewa kerana sering gagal, terus melakukan dosa-dosa kecil setiap hari. Namun pengharapan saya agar ketika sujud dan solat, Allah Al-Ghaffur mengampuni saya. Ya! Allah tetap memberi kita peluang. Allah berfirman dalam Quran yang bermaksud “Katakanlah, Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas, terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.” (QS. Az Zumar: 53) Walaupun kita sudah melampui batas, sedangkan sudah berulang kali diingatkan di dalam Quran bahawa ….Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas. Bukankah itu cinta? Antara kriteria cinta adalah memaafkan dan memberi peluang.
Namun dalam hati manusia ini kamu masih merasakan hanyalah si “dia” yang akan mencintai kamu dengan sepenuh hati dan kamu mengharap bahawa si “dia” akan mencintai kamu sampai mati. Si “dia” atau DIA? DIA yang menyintai kamu kerana DIAlah yang mencampakkan cinta ke dalam dada kamu. DIA itu TuhanMu yang Maha Esa. Allah yang memberikan kamu perasaan cinta itu. Mana mungkin kamu “bercinta” tanpa menyintai Allah SWT Al-Wadud sumber cinta. Apabila ada yang menyintai sang suami melebihi Tuhan maka anda hanya membinasakan diri sendiri. Selamatlah saya ucapkan kerana anda selamanya tidak akan bahagia apabila bergantung cinta kepada manusia.
Apabila cinta diklasifikasi oleh media dan disogok sebagai CUMA hubungan lelaki dan wanita yang penuh berahi itulah masalahnya. Filem Hollywood dan Korea menjadi rujukan betapa romantisnya manusia. Beranganlah kita si dia akan bersikap serupa. Tidak dinafikan cinta antara lelaki dan wanita memang sungguh istimewa. Ya kerana itulah Hawa dicipta. Sebagai teman untuk hidup dengan Nabi Adam a.s dengan penuh kasih dan sayang. Ya memang perasaan antara Adam dan Hawa iaitu lelaki dan wanita hadir dengan perasaan berahi. Itulah nafsu yang menjadikan dan mengesahkan bahawa kita ini manusia bukan malaikat.
Nafsu itu akan tetapi, perlu diakui amat cendurung kepada kejahatan. Kata Nabi Allah Yusuf A.S “Dan aku tidak menganggap bahwa diriku terbebas dari kesalahan, karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan…” (Yusuf: 53) Dan ada diantara nafsu kita ini sudah terlalu lama dibiarkan buas, berkeliaran dan lari seperti kuda-kuda liar tanpa tujuan.






Orang yang bijak akan sentiasa cuba untuk menyucikan diri dari nafsu yang liar. “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” ( Asy-Syam [ 91] 9-10) Mereka yang beriman akan merasa tidak selesa dengan nafsu yang buas berlari, mereka menyedari mereka perlu melakukan sesuatu. Nafsu mampu ditundukkan kerana kitalah yang mengawalnya. Ya KITA! Saya dan anda. Kita lebih berkuasa, jangan diberi stering itu kepada nafsu. Kelak hancur merana. Sudah berulang kali diingatkan dan dipesan nafsu ini mampu ditundukkan dengan solat, Quran, puasa. Solat lagi, bangun tengah malam dan praktis menahan diri.
Jangan buat apa yang kita rasa kita NAK buat tapi buatlah perkara yang kita TAK NAK buat. Rasa nak sms cinta hati namun pergi berwudhu’ dan beristighfar. Jangan dilayan nafsu itu. Jangan dibelai dan diusap-usap seperti kucing Parsi yang gemuk dan gebu. Aduhai indahnya dibuai perasaan berahi ini. Namun nafsu ini tidak pernah kenal erti puas. Setelah melakukan dosa, setelah memuaskan nafsu ini dengan ber-SMS dan ber-WhatsApp pukul 3 pagi misalnya, kemudiannya kita mahu lebih lagi. Setelah memuaskan yang lebih itu kita kemudian akan mahu lebih lagi. Dan lagi dan lagi. Tak pernah puas nafsu ini. Tak akan puas. Jadi soalnya sampai bila mahu dikejarkan nafsu yang rakus dan tidak mahu berhenti itu? Sampai bila? Mahu dibawa kemana?
Orang yang bijak akan sentiasa cuba untuk menyucikan diri dari nafsu yang liar. “ Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” ( Asy-Syam [ 91] 9-10) Mereka yang beriman akan merasa tidak selesa dengan nafsu yang buas berlari, mereka menyedari mereka perlu melakukan sesuatu. Nafsu mampu ditundukkan kerana kitalah yang mengawalnya. Ya KITA! Saya dan anda. Kita lebih berkuasa, jangan diberi stering itu kepada nafsu. Kelak hancur merana. Sudah berulang kali diingatkan dan dipesan nafsu ini mampu ditundukkan dengan solat, Quran, puasa. Solat lagi, bangun tengah malam dan praktis menahan diri.
Jangan buat apa yang kita rasa kita NAK buat tapi buatlah perkara yang kita TAK NAK buat. Rasa nak sms cinta hati namun pergi berwudhu’ dan beristighfar. Jangan dilayan nafsu itu. Jangan dibelai dan diusap-usap seperti kucing Parsi yang gemuk dan gebu. Aduhai indahnya dibuai perasaan berahi ini. Namun nafsu ini tidak pernah kenal erti puas. Setelah melakukan dosa, setelah memuaskan nafsu ini dengan ber-SMS dan ber-WhatsApp pukul 3 pagi misalnya, kemudiannya kita mahu lebih lagi. Setelah memuaskan yang lebih itu kita kemudian akan mahu lebih lagi. Dan lagi dan lagi. Tak pernah puas nafsu ini. Tak akan puas. Jadi soalnya sampai bila mahu dikejarkan nafsu yang rakus dan tidak mahu berhenti itu? Sampai bila? Mahu dibawa kemana?



Sibukan diri dan kadangkala berhenti! Ya berhenti ! Berhenti! Berhenti! Kata Sheikh saya beliau berhenti bagai patung kemudian berkata “Baiklah syaitan! Aku tahu apa kau cuba lakukan, pandai kamu ya” dan kemudian beliau akan ucapkan “A’uzubullahiminsyaitanirrjim” kerana mungkin saja bisikan itu dari syaitan. Kini kadangkala saya berhenti, apabila timbul atau terlintas yang jahat-jahat dalam kepala ini. Saya lafazkan ucapan penuh kuasa itu. Kerana syaitan itu memang sengaja, sengaja, sengaja mahu kita berdosa. Ancaman menyesatkan manusia itu benar. Sangat benar. Tundukkan nafsu dengan mengawal makan dan tidur. Jangan lebih makan, jangan lebih cakap, jangan lebih tidur. Banyaknya cara untuk menuundukan nafsu. Namun kita lebih senang dibawa berlayar oleh nafsu terus ke lautan biru. Kemudian tatkala ombak datang kita terhempas dan menyesal. Kenapa aku begitu berani berlayar? Aduh nafsu kau memang membuatkan hidupku celaru.
Hati-hatilah dengan mainan ‘cinta’ wanita dan lelaki ini. Banyak yang sudah ditipu, tertipu dan menipu. Suami orang, isteri orang…ianya bermula dengan mata. Mata, cinta, pegang dan zina. Jagalah mata wahai pembaca. Jagalah hati, tundukkanlah nafsu dengan mengawal pandangan anda. Di mana saja. Hatta di skrin i-pad, computer dan TV. Tundukkan pandangan sebagaimana firman Allah dalam Quran.
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (QS. an-Nur [24]: 30-31)
Ianya bermula dengan anda adik-adik lelaki ku. Tundukan pandangan. Jaga, jaga, jaga! Merenung gambar seseorang dalam FB itu juga pandangan yang mungkin akan membawa kemudaratan. Tahanlah. Belajarlah unuk mengawal anugerah mata yang istimewa ini supaya di akhirat kelak sang mata akan berkata “Aku telah berusaha untuk menjaga dan melihat yang baik-baik sahaja wahai Tuhanku” Kerana mereka yang menahan nafsu itu balasannya syurga. “Dan adapun orang-orang yang takut dengan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” Quran:Surah An-Naziat 40&41.
Ya! Syurga destinasiku maka perlu aku berusaha mengawal segala jenis nafsu ku ini. Termasuklah nafsu makan dan tidur sekali. Termasuklah nafsu yang cuma mahu bersenang, berhibur, bermalasan dan membeli.
Kita dibuai, digoda, dibisik ke dalam jiwa segala yang mekar, indah dan berbunga. Bukalah radio dan TV cerita cinta lagi dan lagi. Mendodoikan jiwa yang sudah pun gundah gulana ke alam fantasi dimana semuanya bagai pelangi selepas gerimis pagi. Tiada yang buruk , tiada cacat dan cela. Kajian menunjukkan tatkala bercinta kita akan membesarkan segala yang “baik” mengenai pasangan dan meremehkan segala keburukkannya. Ya! Itulah hakikat. Tapi mereka yang TAHU dan hidup dalam alam realiti akan cepat menggunakan akal dan mengawal berahi yang penuh fantasi.





Ya!. bangunlah kepada realiti. Semua mahu menyintai dan dicintai, tapi kawallah diri dan pilihlah untuk bercinta dalam alam realiti. Bagi mereka yang bijak, mereka berpijak di bumi bukan pelangi. Cinta yang dipenuhi berahi bukan cinta sejati. Zina dalam apa jua bentuk dan kononnya menyayangi atas dasar nafsu seksual semata BUKANlah cinta hakiki. Apabila bangun untuk hidup di alam realiti dan bukan fantasi anda perlu membuat keputusan itu dengan sedar, kadangkala perlu ditampar muka sendiri berulang kali.
Jangan diberi minda ini makan dengan adegan ciptaan dari filem cinta semata. Itu semua tidak wujud. Hakikat cinta sebenar jauh bezanya. Cinta akan datang dan pergi akan turun dan naik. Selepas berkahwin bersiaplah untuk bergaduh dan membenci. Untuk kadangkala sakit hati. Namun cinta memaafkan, cinta melihat bagaimana sabarnya kita ketika ketiadaan wang misalnya. Cinta memberi harapan untuk memperbaiki diri. Cinta memajukan dan memberi inspirasi. Cinta sejati tidak tidak merosakkan diri. Ya itulah cinta. Cinta memerlukan usaha bersungguh, memerlukan kita mencabut lalang-lalang yang cuba merosakkannya. Ianya bukan sekadar perasaan berahi semata. Perbetulkan persepsi. Jangan sesekali anda berkahwin atas dasar cinta berahi SEMATA. Percayalah ianya tidak akan kekal lama. Kerana berahi itu akan pudar.
Ya! Tidak ada siapa yang dapat menghalang perasaan suka, minat, jatuh hati anda dengan si dia. Cinta tidak salah, perasaan berahi dalam bercinta juga tidak salah kerana iainya fitrah, namun apa yang anda lakukan dengan perasaan itu akan menentukan jalan cerita yang seterusnya… Matlamatnya adalah membina keluarga Islam sejati kerana antara hadiah paling berharga dalam hidup ini adalah memiliki keluarga yang bahagia & gembira. Selamat Berjaya dan mencari cinta. Pilihlah realiti bukan fantasi.

Sunday 28 July 2013

kehidupanKu

Photo: What's on your mind ?



Inilah hasil yang kawan saya buat...kat kelas ni banyak betul perkara suka dan duka kitaorg telah lalui..
mungkin korg nk tau apa yg saya nak ceritakn..kn?kelas saya ad 42 tetapi dah berkurangan hingga menjadi 37..banyak kn..tau xpe.ad seorang kawan cina yang baru saya ingin buat kawan telah pindah ke sekolah kl..dan yg lain telah pindah ke sekolah asrama&sekolah yang mereka mohon..


dekat kelas saya tu ramai yang berbakat seperti menyanyi,bemain gitar,membaca berita dan sebagainya..ketua kelas seorang yang sangat bertanggungjawab..manakala penolong seorang tegas dan baik hati..dulu saya tidak berapa kenal dengan diorang,namun sejak saya masuk kelas ini saya menjadi sayang dengan diorang..ini mungkin kerana kita telah tempuh pelbagai masalah yang berlaku dalam kelas bersama...seperti kena marah dan sebagainya..guru kelas saya bernama puan siti zaleha binti muhammad..dia mengajar kitorang subjek biologi..



kelas ini satu Malaysia la..korang boleh nampakkn ada india,cina dan melayu...haha...walaupun kitaorang berbeza namun kitaorang boleh rapat macam adik beradik...best tau..ok la sampai sini sahaja...

Wednesday 17 July 2013

LaPaNgKaN HaTi TeRiMa UjiANnYa

Satu cara untuk mengetahui sejauh mana kita benar-benar beriman ialah dengan mengukur sejauh mana kesan dosa terhadap hati kita?Apakah hati kita akan terasa kesal dan menyesal dengan dosa? Atau kita merasa biasa-biasa sahaja apabila berdosa?
Jika terasa menyesal, itu petanda Iman masih ada di dalam dada. Sebaliknya, jika dosa tidak memberi kesan apa, malah kita tetap gembira.. itu satu petanda buruk. Iman kita amat lemah, hati kita sedang sakit. Boleh jadi sudah menanti masa sahaja untuk melayang.
Apa tanda menyesal? Menyesal bukan menyesal jika kita hanya berasa sedih tanpa berbuat apa-apa. Tetapi menyesal yang sebenarnya apabila kita mula bertindak selaras dengan apa yang kita kesalkan.
Kita menyesal dengan dosa? Langkahnya, terus kita tempuhi jalan-jalan taubat dengan memberhentikannya, niat tidak akan mengulanginya lagi dan berbuat baik sebagai ‘galang-ganti’ kepada kejahatan yang kita lakukan itu.
Mari kita bertanya pada hati masing-masing? Bagaimana kita dengan dosa? Bagaimana kita dengan taubat?

384444_251661714890184_169516276438062_761233_1621754874_n



Pangkat di dunia tidak akan berguna selepas mati, sedangkan pangkat taqwa di sisi Allah bukan sahaja berguna di dunia – dengan jaminan pembelaan, kecukupan rezeki, diberi jalan keluar daripada sebarang masalah dan lain-lain, malah lebih berguna di Akhirat nanti – kehidupan yang hakiki dan abadi.
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata : “Rugilah (kecewa) orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan selawat atasmu”. Aku mengucap : “Amin”. “Rugi orang yang berkesempatan hidup bersama kedua orang tuanya tetapi dia tidak sampai bisa masuk ke Syurga”. Aku berkata : “Amin”. Jibril berkata lagi : “Rugi orang yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan, tetapi tidak sampai terampuni dosa-dosanya”. Lalu aku mengucapkan : “Amin”. [HR. Ahmad]
Hati siapa yang tidak tersentuh apabila mendengar hadis di atas? Betapa ruginya nanti kita di Akhirat sana. Dosa tidak diampunkan, masuk ke Neraka dan jauh daripada rahmat dan pengampunan Allah.


Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini… kerana menangis di Akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.
Takutilah akibat dosa yang kita lakukan. Jangan ambil mudah dengan kemurkaan Allah. Jika marah isteri, suami, boss dan kawan-kawan pun sudah boleh menyebabkan hidup kita resah dan susah, apalagi murka Allah, Tuhan yang mencipta kita.


Ya, kita sering terlupa bencana akibat dosa boleh datang tiba-tiba.
Lupakah kita dengan kaum Aad yang ditimpa bencana tepat ketika mana mereka berarak ria menuju ‘syurga’ ciptaan raja mereka? Apakah kita lupa bagaimana sikap Rasulullah S.A.W ketika baginda dan para sahabat melalui lokasi tempat kaum Aad dan Tsamud menerima bala? Baginda terlalu terganggu oleh ‘nostalgia dosa’ – hinggakan sejarah mencatatkan bahawa Rasulullah S.A.W menyuruh para sahabat menundukkan muka dan jangan memandang ke langit (tanda merendahkan diri) ketika melalui tempat tersebut.
Rasulullah S.A.W pernah berdoa memohon agar Allah tidak menurunkan bala bencana ketika gerhana berlaku. Baginda akan sembahyang dengan penuh tawaduk dan baginda berdoa:
“Tuhanku! Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), dan aku berada bersama mereka. Tidakkah engkau telah berjanji untuk tidak mengazab mereka (umat Islam), sedangkan mereka adalah orang yang bertaubat. [Sulaiman bin al-Ash'ath, Sunan Abi Daud]
Itulah sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W, seorang insan yang maksum daripada dosa dan dijamin masuk Syurga. Padahal baginda insan yang mulia, para penduduk kota Madinah ialah para sahabat Rasulullah yang terkenal sebagai generasi al-Quran dan kota Madinah itu sendiri adalah kota suci yang penuh rahmat dan keberkatan.

        Jangan Rasa Selamat



Dengan segala kelebihan itupun baginda masih tidak terasa ada jaminan keselamatan daripada bala bencana. Sinisnya, bagaimana nasib kita yang setiap masa bergelumang dengan kemungkaran dan kemaksiatan, kadang-kadang hidup di tengah kota yang di kelilingi premis dosa?
Walau bagaimanapun, bencana alam, penyakit-penyakit kronik, gejala sosial dan lain-lain masalah sebenarnya boleh membawa rahmat jika kita dapat mencungkil ibrahnya yang tersirat.
la boleh diumpamakan sebagai racun kepada hati yang derhaka kepada Allah, tetapi penawar kepada hati yang tunduk dan patuh kepada Allah. Kata orang, “What happens ‘in’ you is more important than what happens ‘to’ you.” – apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita jauh lebih penting daripada apa yang berlaku kepada (‘di luar’) diri kita.


           Menyingkap Lembaran Sejarah




Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Bencana alam yang telah menimpa umat nabi-nabi terdahulu kerana kederhakaan dan kedegilan mereka walaupun telah diberi peringatan berkali-kali perlu diamat-amati.
Renungilah hakikat ini : Umat Nabi Nuh a.s yang tunduk kepada hasutan Syaitan, yang mana Syaitan itu diciptakan daripada api – Allah musnahkan mereka dengan mendatangkan banjir besar. Kaum Saba’ yang juga menyembah api, Allah musnahkan dengan banjir. Apabila api diagung-agungkan selalunya Allah datangkan air sebagai pemusnah.
Hukum ini terus berjalan sepanjang zaman. Apabila berlaku kemungkaran yang bermaharajalela di tengah umat manusia, Allah akan datangkan bala bencana sebagai azab yang memusnahkan mereka.
Inilah yang telah berlaku kepada umat Nabi Luth, yang ditelan bumi kerana mengamalkan homoseksual dan lesbian. Kaum Nabi Salleh kerana curang dalam perniagaan. Kaum Aad dan Tsamud yang ditimpa hujan batu kerana kederhakaannya.
‘Tentera Allah’ (air, angin, tanah) dihantar kepada para pendosa yang engkar walaupun telah diberi peringatan berulang kali oleh nabi masing-masing. Sepanjang sejarah, sudah lapan bangsa pada lapan zaman yang telah mendapat akibat buruk daripada Allah S.W.T kerana mendustakan rasul yang diutus kepada mereka. Kelapan-lapan kaum itu ialah:
  • Kaum Nabi Nuh
  • Ashabul Rass – mendustakan nabi mereka yang bernama Hanzalah. Mereka menyembah berhala.
  • Kaum Tsamud – kaum Nabi Salleh.
  • Kaum Aad – kaum Nabi Hud.
  • Firaun dan pengikutnya.
  • Kaum Nabi Luth.
  • Ashabul Aikah – kaum Nabi Syuaib.
  • Kaum Tubba’.
Untungnya, umat Nabi Muhammad mempunyai banyak kelebihan berkat kasih sayang Allah kepada Nabi-Nya – Muhammad S.A.W. Bencana tidak berlaku serta-merta kepada umat Nabi Muhammad sepertimana yang menimpa umat nabi-nabi terdahulu. Masih ada penangguhan dan diberi tempoh masa untuk memperbaiki diri.
Bencana alam seperti tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, banjir, kemarau dan lain-lain (walaupun sudah hebat dan dahsyat) tetapi ini berkali-kali ganda lebih ringan berbanding bencana yang menimpa umat-umat terdahulu.
Apapun, mesejnya tetap sama – sebagai peringatan dan amaran. Dengarkanlah ‘bisikan’ Allah ini. Jangan sampai kita terpaksa mendengar ‘jeritan-Nya!’ (bencana yang lebih dahsyat).
Lihat sahaja loji-loji nuklear di Fusyima Jepun yang dilumpuhkan hanya dengan kuasa air. Bukankah ini satu tempelakan kepada kemajuan teknologi yang dibanggakan oleh manusia tetapi akhirnya tunduk kepada kuasa ‘konvensional’ yakni air?
Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:
Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa.” (Surah al-An’am 6: 44) 

        Kesimpulannya


Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri.
Perhatikanlah hari-hari yang kita lalui selepas Ramadhan nanti, apakah penuh pahala atau sebaliknya. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (Akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!